Tuesday 26 September 2017

BAHAGIAKAH KAMU???

Maka...pilihlah untuk mengecap kebahagiaan...
Kadangkala apabila hati kita terluka, sukar bagi kita untuk menerima keadaan tersebut apatah lagi memaafkan dan melupakan perkara yang sudah terjadi. Hakikatnya, semua orang pernah mengalami saat duka di dalam kehidupan. 

Namun, percayalah.. Apabila kita memilih untuk bahagia dengan memaafkan dan melupakan apa yang telah berlaku, In shaa Allah, kita mampu mengecap kebahagiaan itu. Apabila jiwa berserah pada Allah kita akan merasa kemanisan kebahagiaan yang diungkapkan ini. Setiap perkara yang berlaku dalam lapangan hidup kita adalah kebaikan yang Allah telah rencanakan agar kita sentiasa berada di jalan yang lurus dengan kembali kepadaNYA saat tersesat. 

Oleh itu, pilihlah untuk bahagia.. Kenapa kita perlu mencipta duka... Tukarkan sebuah kedukaan kepada sebuah kebahagiaan.. Sentiasa titipkan dalam diri bahawa Allah sentiasa ada dan kita tidak pernah keseorangan...
SAYANGILAH DIRI ANDA... MENGAPA MEMILIH UNTUK BERDUKA SEDANGKAN KEBAHAGIAAN ADA MENANTIMU.... 

Tuesday 15 April 2014

Usahawan Jalanan Takluk Dunia

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sejak menyertai tim Majalah Niaga pada penghujung 2013 yang lalu, dan kini tahun 2014, penulis masih ditanya soalan-soalan / kata-kata lazim malar segar yang tidak jemu-jemu disoal kebanyakkan orang seperti;


1) Benarkah ‘ikon itu’ tidak belajar di universiti?

2) Bolehkah berjaya sebagai usahawan tanpa ilmu yang dituntut di kolej/universiti?

3) Benarkah ikon yang kamu temu bual itu tiada latar belakang pendidikan formal dari sekolah tinggi/kolej/universiti tapi masih boleh berjaya? Tak realistik lah.

3) Mahu berjaya perlu ada ilmu. Perlu belajar ilmu bisnes dari kolej/universiti juga sebab mereka beri ‘input’ terkini.


Menjelang pertengahan bulan Mac nanti, pelajar-pelajar yang menduduki SPM pada tahun 2013 akan menerima keputusan peperiksaan mereka. Saat memperlihatkan hasil usaha selama 5 tahun di alam persekolahan menengah kepada ibu bapa, guru-guru dan orang-orang sekeliling.

Saat yang lebih kritikal apabila mahu membuat keputusan untuk memilih program pengajian dan universiti untuk melanjutkan pelajaran.

Mentaliti masyarakat kita telah terbiasa dengan pemikiran bahawa untuk berjaya, mesti belajar sampai ke universiti. Hidup akan lebih terjamin dan masa depan lebih cerah setelah menamatkan pengajian di universiti nanti.

Namun, fenomena dunia keusahawanan kini lebih ramai ‘dihuni’ oleh individu-individu yang tidak memiliki kelulusan pendidikan formal daripada institusi pengajian tinggi.

Walaupun saya pernah menuntut di universiti (dan ‘merancang masa depan’ terlalu lama ketika di kampus), namun bidang kerjaya yang saya ceburi kini tiada dalam senarai “pekerjaan-pekerjaan atau jawatan-jawatan gah yang bakal disandang sekiranya anda mengambil jurusan ini.”

Sekiranya seseorang pelajar itu mengambil jurusan bahasa, pasti pelajar tersebut ‘dihidangkan’ oleh pensyarahnya dengan sehimpunan senarai pekerjaan kolar putih seperti wartawan, jurubahasa, guru, penterjemah di kementerian dan sebagainya.

Hakikatnya, mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan di Malaysia sudah seakan sebuah cerita dongeng saja. Pasaran kerjaya kini juga berubah corak permintaannya. Segulung ijazah tanpa apa-apa pengalaman bekerja, di ikuti gaya pemikiran dalam kotak, menyempitkan peluang graduan di ambil bekerja.


Atmosfera Universiti yang Rigid 
Majikan-majikan di Malaysia semakin bijak dan selektif dalam menggajikan pekerja. Mereka mahukan yang berpengalaman, kreatif serta kritis berfikir, dinamik serta proaktif. Apakah ciri-ciri ini tiada pada pelajar universiti?

Sudah tentu ada—pada sebahagian kecil pelajar universiti. Memandangkan konsep pendidikan kebanyakkan universiti di Malaysia bersifat ‘spoon-fed’ atau ‘hanya tunggu disuap’ sahaja, maka sifat-sifat positif yang disebut tadi hampir tiada dikalangan penuntut university.

Begitulah yang berlaku kepada para usahawan yang nekad tidak menuntut di universiti. Bukanlah mereka ini bodoh sombong atau merasakan pendidikan formal tidak relevan dengan bisnes yang mahu diusahakan.

Sebaliknya, di universiti, walaupun pelajar-pelajar diberi kebebasan untuk menonjolkan bakat dalam perniagaan, namun ia masih di bawah pengaruh ilmu daripada buku. Tidak dinafikan ramai yang menjadi peniaga ‘bawah tanah’ ketika menuntut di universiti. Aktiviti yang bagus untuk memupuk minat terhadap perniagaan.

Namun, ada sebahagian universiti yang terlalu rigid dan berfikiran sempit sehingga sanggup mengambil tindakan tatatertib terhadap pelajar yang berniaga tanpa kebenaran.

Pelajar-pelajar dibenarkan berniaga ketika musim graduasi, majlis-majlis rasmi kolej/universiti, temasya sukan, program keusahawanan yang dianjurkan beberapa hari sahaja dan sebagainya. Tindakan ini menyekat daya kreativiti serta kesungguhan pelajar melakukan pekerjaan warisan nabi—berniaga.


Usahawan Jalanan vs. Usahawan ‘Buku’
Ramai di antara kita (termasuk penulis sendiri) dan para usahawan yang mengambil keputusan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, namun di pertengahan pengajian atau ketika menjelang tahun terakhir pengajian, mula menyedari bahawa mereka tidak begitu memerlukan kelayakan dari universiti untuk memulakan perniagaan.

Definisi usahawan jalanan menurut ‘kamus’ Majalah Niaga ialah individu yang terlibat dengan perniagaan tanpa pendidikan formal tentang bisnes daripada institusi-institusi pengajian.

Sementara usahawan ‘buku’ pula bukanlah bermaksud penerbit, pencetak mahupun pembekal buku, sebaliknya bermaksud usahawan yang berniaga dengan menjadikan buku teks perniagaan daripada institusi pengajian sebagai ‘sifu’.

Perbezaan ketara antara usahawan jalanan dengan usahawan ‘buku’ terlihat daripada sifat kental mereka. Usahawan jalanan lebih kepada ‘risk taker’ dan sering tidak takut mencuba pelbagai strategi perniagaan.

Usahawan ‘buku’ pula terlalu taat kepada konsep tambah tolak untung rugi dan andaian risiko yang dipelajari dahulu sehingga menghalang mereka menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam perniagaan mereka.

Selain daripada itu, usahawan jalanan tidak segan silu menuntut ilmu daripada usahawan-usahawan yang telah terbukti berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing.

Menjadikan setiap daripada mereka sebagai inspirasi dan mentor serta tidak lokek melabur sejumlah wang untuk menghadiri seminar atau bengkel atau perkongsian pengalaman anjuran usahawan-usahawan tersebut.

Usahawan jalanan yakin, banyak bengkel, kursus, seminar mahupun pusat latihan yang ditawarkan kepada mereka yang berazam menjadikan perniagaan sebagai mata pencarian utam

Oleh itu, mengapa perlu memperuntukkan masa di ‘kilang-kilang’ universiti sedangkan di luar sana, pelbagai jenis ilmu serta aspek perniagaan yang boleh dipelajari menerusi bengkel atau kursus yang berbeza.

Skop input yang diterima lebih luas dan versatil, hanya tinggal untuk mengamalkannya dengan bantuan serta tunjuk ajar ‘guru-guru’ usahawan yang genuine, bukan guru-guru teori.


Bukti Depan Mata
Walaupun sehingga artikel ini ditulis, belum terdapat sebarang statistik rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana badan profesional yang mengkaji tentang kebenaran teori usahawan jalanan lebih berjaya daripada usahawan kelahiran universiti, banyak bukti kejayaan yang membenarkan teori ini.

Antara contoh terbaik ialah seperti artikel yang pernah ditulis dan disiarkan di Majalah Niaga sendiri pada tahun 2011.

Individu-individu ternama yang dikenali seluruh dunia, yang berjaya dalam lapangan perniagaan masing-masing hampir kebanyakkan mereka berjaya kerana gagal.

Gagal meneruskan pengajian, gagal mendapatkan gred terbaik atau gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi. Namun, mereka dalam golongan yang bermotivasi tinggi. Menukar kegagalan kepada inspirasi untuk menjadi lebih baik daripada individu-individu yang ‘menolak’ dan ‘memperlekehkan’ mereka sebelum ini.

Mereka memilih untuk mengeksplorasi dan mengeksploitasi skil dan kelebihan yang ada pada diri mereka, lantas melakukan transformasi sehingga berjaya menjadi sebagaimana mereka pada hari ini.



Kaji dan baca kisah hidup ikon-ikon usahawan berjaya seperti:

1. Tan Sri Mokhtar al-Bukhary
2. Tan Sri Lim Goh Tong
3. Dato Hj. Ramli Mokni
4. Tuan Ali Hassan Mohd Hassan
5. Puan Rozita Ibrahim
6. Mark Zuckerberg
7. Jan Koum
8. Bill Gates
9. Steve Jobs
10. Michael Kors
11. Sir Richard Branson
12. Michael Dell;


serta ramai lagi usahawan berjaya tanpa sijil kelulusan pendidikan tinggi. Mereka bukanlah golongan yang anti dengan institusi pendidikan, sebaliknya atas kekangan tertentu seperti faktor kewangan, tekanan hidup serta tiada lagi kesungguhan meneruskan pengajian menjadi pencetus motivasi kepada mereka ‘menggali’ kebolehan dan kemahiran diri.


Ukuran Kejayaan Pada Ilmu yang Praktikal, Bukan Pada Sijil
Universiti bukan tempat untuk semua orang. Sebelum mengambil keputusan yang bakal memberi impak untuk 3-4 tahun dalam hidup anda, fikirkan sehabis baik pro dan kontranya, serta jangan lupa untuk selaraskannya dengan minat dan fokus utama anda.

Jika mahu berbisnes, maka pastikan anda telah mengkaji daripada segenap aspek berkaitan bisnes yang bakal diceburi. Kaji modal, keuntungan, prospek, pulangan jangka pendek dan panjang, kesan terhadap pasaran semasa, kelangsungan perniagaan tersebut dan lain-lain lagi.

Lihat semula kejayaan yang dikecapi ikon-ikon yang disebut tadi. Paksi kejayaan mereka sudah tentu pada keazaman mereka, usaha tanpa jemu, kreativiti serta sifat yakin dan percaya pada kemampuan diri sendiri.

Artikel ini bukan sebuah justifikasi, sebaliknya ditulis berdasarkan pengalaman peribadi serta kisah benar yang dilihat sendiri. Malah, sebahagian cerita inspirasi kejayaan tanpa gulungan ijazah diceritakan sendiri kepada penulis ketika sesi temu bual bersama ikon pilihan Majalah Niaga.

Mungkin ada yang berpandangan selepas ini tidak perlu lagi untuk belajar tinggi kerana semua orang boleh berjaya. Namun kita perlu bertanya balik dari berbilion penduduk dunia hanya beberapa kerat sahaja yang terpilih untuk berjaya tanpa pelajaran tinggi.

Walau bagaimanapun, bukanlah bermaksud ilmu itu tidak penting. Ilmu apa pun selagi ia bermanfaat dan membawa kepada kebaikan dan kejayaan, perlu dipelajari dan disebarkan. Namun masa juga merupakan elemen terpenting dalam hidup.

Mennghabiskan masa muda di universiti selama 3, 4 atau 5 tahun dan setelah tamat pengajian, masih tercari-cari arah tujuan. Bukankah itu satu pembaziran masa yang jelas?



Sir Richard Branson pernah menyatakan:

“You don’t learn to walk by following rules. You learn by doing, and by falling over, and it’s because you fall over that you learn to save yourself from falling over.”



Kata-kata di atas bermaksud bahawa kita tidak belajar berjalan melalui peraturan. Kita belajar berjalan dengan sendirinya, terjatuh dan tersungkur. Namun, pengalaman-pengalaman tersebutlah yang mengajar kita berjalan dengan lebih baik dan mengelak daripada terjatuh lagi.


Kejayaan Bukan Mi Segera
Sebahagian ikon berjaya yang menjadi inspirasi kepada anak-anak muda kini melalui pahit manis dalam perjalanan menuju kejayaan. Ia bukanlah mudah, tidak dinafikan.

Namun kerana kesungguhan usaha dan minat mendalam terhadap bidang yang diceburi, mereka memberi peluang kepada diri sendiri, mengeksploitasi kemahiran dan bakat dalam diri ke tahap maksimum sehingga akhirnya berjaya mencapai kejayaan yang mereka sasarkan.

Kejayaan yang diperoleh sudah tentu ada kisah suka duka dan jatuh bangun sendiri. Tidak ada kejayaan mi segera – kejayaan yang diperoleh sekelip mata melainkan dalam dunia angan-angan.

Berhenti belajar atau mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi perlu dinilai dengan sehabis baik. Fikirkan kecenderungan diri, apa yang telah dicapai dengan usaha sendiri (contoh: sepanjang cuti sekolah telah berjaya menjual sejumlah produk dengan hasil yang membanggakan atau berjaya menjual servis dan lain-lain lagi) serta buat penilaian pro dan kontra.

Jangan membuat keputusan berhenti/tidak menyambung pelajaran atas dorongan sifat malas atau angan-angan Mat Jenin. Tindakan ini boleh dilabel sebagai keputusan yang kurang cerdik.

Mulakan langkah kejayaan dengan melaksanakan azam dan rancangan anda serta jangan segan untuk belajar daripada pengalaman orang lain juga. Paling penting, belajar daripada kesilapan dan sentiasa ‘kemas kini’ ilmu pengetahuan dan skil daripada semasa ke semasa.



http://www.majalahniaga.com/usahawan-jalanan-takluk-dunia.html

Membawa Perkhidmatan ONLINE ke pasaran OFFLINE


Menyediakan Perkhidmatan Adalah Bidang Yang Laris!

Artikel kali ini akan menfokuskan kepada usahawan online yang menyediakan perkhidmatan berkaitan pembangunan web dan pemasaran online, iaitu seperti :
  • Perkhidmatan membuat laman web.
  • Perkhidmatan membuat blog.
  • Perkidmatan membuat kedai online.
  • Perkhidmatan membuat design grafik.
  • Perkhidmatan membuat video.
  • Perkhidmatan membuat kerja-kerja SEO.
  • Perkhidmatan runingan consultant untuk pemasaran online.
  • … dan sebagainya.

Menyediakan perkhidmatan online merupakan salah satu cara menjana pendapatan selain daripada menjual barangan fizikal dan ebook. Pilihan ini sesuai untuk mereka yang ada kemahiran dalam bidang masing-masing, seperti kemahiran design, kemahiran membuat video dan sebagainya.
Sebagai contoh, seorang designer akan menggunakan kepakarannya untuk mereka bentuk laman web yang cantik, menyusun layout grafik salesletter, mendesign cover sesebuah ebook dan mungkin menyediakan perkhidmatan design iklan banner.


Menyediakan Perkhidmatan Adalah Industri Yang Cukup Tinggi Permintaannya

Sebagaimana yang diketahui, seorang peniaga online sentiasa memerlukan laman web yang baru bagi projek perniagaan baru yang diusahakannya. Sebagai contoh, dalam melancarkan sesebuah ebook di internet, beliau memerlukan :

(1) perkhidmatan dari yang pakar dalam penulisan copywriting untuk melonjakkan jualan ebooknya,
(2) perkhidmatan design grafik mengagumkan untuk laman webnya,
(3) sistem borang dan affiliate yang dipasang lengkap untuk sistem jualannya,
(4) memerlukan pakar memasang aplikasi canggih seperti popup dan pemasangan borang optin.
dan sebagainya.

Pendek kata, dengan satu projek sahaja yang seorang usahawan online ingin jalankan, beliau akan mengupah 2-5 orang penyedia perkhidmatan demi memastikan hasil terbaik untuk projek tersebut.

Perkhidmatan adalah salah satu cabang bisnes yang cukup dikehendaki ramai pihak dan sentiasa laris di kalangan usahawan. Jika para penyedia servis ini sentiasa konsisten menjaga kualiti perkhidmatan dalam menyiapkan tempahan para pelanggan, maka tidak mustahil penyedia servis sebegini akan memiliki ramai pelanggan tetap yang akan terus menerus membuat tempahan demi tempahan sepanjang masa.

Ia bisnes perkhidmatan yang amat menakjubkan.

Di Malaysia, ramai penyedia perkhidmatan ini hanya menyediakannya kepada para pelanggan online, menerima tempahan hanya secara online dan mempromosi perkhidmatan mereka melalui teknik pemasaran online sahaja

Namun begitu, perkhidmatan sebegini, sebenarnya.. boleh dibawa ke dunia offline. Nak tahu bagaimana? Teruskan pembacaan.


Berfikir Lebih Jauh – Iaitu Masuk Ke Pasaran Offline

Bagi mereka yang baru dalam bidang penyediaan servis perniagaan online sebegini, atau mereka yang mahu meramaikan lagi para pelanggan mereka, mereka boleh berfikir dengan lebih jauh ke hadapan.

Jika selama ini mungkin ramai usahawan dan pakar perkhidmatan yang sentiasa mencari pelanggan secara online, apa kata jika mereka mencuba pula untuk mempromosikan perkhidmatan mereka secara offline?

Apa Itu Dunia Offline?

Dunia offline yang saya maksudkan disini adalah perniagaan konvensional, di dunia sebenar, seperti peniaga runcit, pemilik syarikat percetakan dan pemilik kilang, yang mana, mereka ini menjalankan perniagaan di alam realiti (offline). Dengan makna kata lain, para usahawan yang menyediakan perkhidmatan ini, boleh mempromosikan perkhidmatan mereka, kepada para pelanggan offline.

Sudah tentu cara pemasarannya adalah dengan cara offline juga, sama ada dengan mengadakan rundingan bersemuka, pemasaran melalui telefon, melalui networking dengan usahawan-usahawan lain dan sebagainya.

Kenapa Dunia Pasaran Offline?
 
Menurut satu statistik kasar, boleh dikatakan 75% daripada usahawan industri kecil tidak memiliki laman web sendiri. Ini menunjukkan pasaran di luar dunia online adalah amat besar.
 
Jika diceritakan tentang cabaran jenis pasaran ini, ia sedikit berbeza. Cabarannya adalah ketika menerangkan kepada para pelanggan offline akan kepentingan memiliki laman web sendiri, memahamkan kepentingan mendapatkan perkhidmatan menaikkan SEO laman web mereka, menyedarkan mereka akan kelebihan mendapatkan design terbaik untuk laman web mereka dan memberitahu mereka tentang potensi jualan akan meningkat jika diperbaiki copywriting pada web perniagaan.
 
Malah, pemilik kedai-kedai, syarikat-syarikat di luar sana dan kilang-kilang, mereka mempunyai bajet yang lebih besar dalam bab pemasaran. Secara ringkasnya, dunia offline penuh dengan potensi pelanggan yang mahu mempromosikan perniagaan mereka ke dunia online.
 
Sesetengah usahawan offline di luar sana bukanlah tidak mahu mempromosikan perniagaan mereka ke dunia online, tetapi mungkin kerana mereka tidak faham bagaimana besarnya potensi perniagaan online dan mungkin juga kerana mereka tidak tahu siapa untuk dirujuk dalam mendapatkan nasihat perniagaan online.
 
Untuk itu, kita perlu belajar untuk mula mempromosikan perniagaan kita ke luar sana, bukan sekadar kepada usahawan online sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian penyedia servis di Malaysia.

Kisah Kejayaan Dari Pemasaran Offline
 
Pernah diceritakan kepada penulis bagaimana kerja-kerja Optimasi Enjin Carian (Search Engine Optimization) boleh mencecah caj RM5,000 sehingga RM10,000 bagi kata-kata kunci yang para pelanggan sangat ingini untuk dioptimasikan.

Malah penulis sendiri pernah menemui seorang consultant yang menawarkan nasihat dan perkhidmatan rundingan dalam SEO dengan kos hampir RM20,000!
 
Di samping itu, ada juga kajian kes di mana ada pihak pembuat aplikasi menerima gaji bulanan sebagai penjaga server online, setelah membuat pertemuan secara bersemuka (offline) dengan para pemilik perniagaan yang lain. Ini hanyalah cebisan kecil dari kisah-kisah kejayaan usahawan perkhidmatan online yang dipromosi kepada para usahawan offline di luar sana.
 

Bagaimana Menyertai Pasaran Offline?
 
Bagaimana untuk mendapatkan para pelanggan offline? Di sini diselitkan beberapa tips dan panduan dalam menjalankan perniagaan secara offline bagi mereka yang menyediakan perkhidmatan pembangunan web, pemasaran online dan yang sama waktu dengannya.
 
  1. Daftar syarikat sendiri dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pendaftaran sebagai sebuah syarikat akan lebih meyakinkan pelanggan dan memastikan gerak kerja perniagaan kelihatan lebih tersusun dan professional. Yurannya tidak sampai RM80 setahun, dan boleh diperbaharui lebih daripada 1 tahun.
  2. Miliki business card sendiri kerana ketika membina networking dengan usahawan-usahawan lain dan ketika berunding dengan bakal-bakal pelanggan, memiliki kad bisnes adalah sangat penting bagi memudahkan mereka menghubungi kita. Untuk lebih menarik perhatian, pastikan business card yang direka adalah simple, mudah dibaca dan hanya mempunyai maklumat-maklumat penting sahaja. Untuk mendapatkan seorang pelanggan, business card perlu diberikan beberapa kali sebelum pelanggan tersebut berminat untuk menempah dengan kita para penyedia perkhidmatan.
Tahu cara berunding dan tidak gentar untuk ‘close deal’ demi mendapatkan keyakinan pelanggan. Cara pemakaian, cara bercakap dan cara mempersembahkan portfolio bisnes perlulah kena pada cara dan tersusun baik agar ia membina kepercayaan pelanggan kepada perkhidmatan yang kita tawarkan.

Aspek Positif dan Negatif

Secara positifnya, ia memberikan rezeki yang lumayan kepada penyedia servis SEO ini kerana bayaran yang sangat mahal di atas tanggungjawab yang besar bagi sesetengah tempahan. Namun, secara lebih mendalam, jika difahami risikonya, penyedia servis ini tidak boleh bermain-main dalam menyiapkannya dan mungkin memerlukan pengorbanan masa yang amat tinggi. Maka dinasihatkan agar penyedia servis yang menerima tugasan besar dan tempahan mega, agar melakukan secara berkumpulan dan mungkin perlunya membentuk sebuah pasukan utuh sesama usahawan online yang lain dalam menyiapkannya.
 
Walaupun tidak selalunya akan ada pelanggan yang akan berbelanja besar untuk pemasaran online, namun ia bergantung kepada rezeki dan sejauh mana kita mempunyai network dengan orang lain dan usahawan lain. Ia juga bergantung kepada sejauh mana kita berusaha mempromosi perkhidmatan kepada para pemilik perniagaan offline di luar sana.

Yang penting, artikel ini mahu membuka mata para usahawan online yang menyediakan perkhidmatan berkaitan laman web dan kerja-kerja pemasaran ~ bahawa sebenarnya daerah pemasaran dan skop sasaran pelanggan adalah lebih luas dan bukan sekadar di dunia maya.

Sumber:
http://www.wangcyber.com/membawa-perkhidmatan-online-ke-pasaran-offline/#ixzz2ywxxftzW

Monday 14 April 2014

JUTAWAN dalam DUNIA TEKNOLOGI



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


FORBES baru sahaja mengeluarkan senarai orang terkaya di dunia untuk tahun 2014. Para jutawan yang kaya hasil usaha kerja kerasnya di dunia teknologi juga turut disenaraikan.

Beberapa nama yang tersenarai juga tidaklah begitu mengejutkan, kerana mereka merupakan tokoh-tokoh yang lama dan terkenal didalam dunia teknologi.

Siapakah Jutawan-jutawan Internet ini? berikut adalah antara senarai nama lima jutawan yang terkaya dari industri teknologi versi Forbes bagi tahun 2014.

BILL GATES


Bukanlah satu perkara yang mengejutkan bila nama Bill Gates termasuk dalam senarai jutawan terkaya di dunia. keraan, sejak mendirikan Microsoft, jumlah kekayaan Bill Gates terus meningkat seakan-akan ianya tidak akan menurun atau habis dibelanjakan. Bahkan, fakta juga turut menunjukkan bahawa Bill Gates sudah 15 tahun menjadi orang terkaya di dunia. Seluruh orang kaya di dunia, dari pelbagai bidang, juga turut mengakui bahawa kekayaan Bill Gates tidak mampu mereka tandingi. Ketika ini, Microsoft tersebut terus mengumpul kekayaan sebanyak US $ 76 bilion. Beliau yang juga bekas Mahasiswa DO Harvard ini, sekaligus dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama dan diumumkan sebagai jutawan teknologi.


LARRY ELLISON


Larry Ellison juga merupakan salah satu nama besar didalam dunia teknologi. Melalui Oracle, dirinya mampu menyediakan penyelesaian software dan database yang mana kebanyakkan digunakan oleh agensi besar di dunia. Lelaki yang pernah menduduki tangga ke nombor 58 paling berpengaruh di dunia sebanyak dua kali semasa dalam pengajiannya, telah tersenarai sebagai usahawan teknologi kedua terkaya dengan asetnya yang berjumlah sebanyak US $ 48 bilion.

LARRY PAGE


Salah seorang pengasas Google iaitu Larry Page iaitu muka baru dalam dunia teknologi, turut tersenarai dalam anugerah Forbes 2014. Dimana, beliau telah menunjukkan bahawa bukan hanya mahasiswa DO Harvard saja yang boleh menceburi dan berjaya dalam bidang teknologi. Jika anda masih ingat, sebenarnya Larry Page dan Sergey Brin mewujudkan Google sebagai projek percubaan di garaj mereka. Namun, projek tersebut kemudiannya berlanjutan dan menjadi teknologi gergasi sehingga sekarang ini. Larry Page menjadi orang ketiga terkaya dalam bidang teknologi dan nombor 17 di seluruh dunia. Dirinya memiliki kekayaan sebanyak US $ 32.2 bilion.

JEFF BEZOS


Jeff Bezos pula merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif e-dagang yang terbesar Amerika Syarikat sekaligus dunia, iaitu Amazon. Berkat kejayaan pemarasan secara taliannya ini, Jeff telah tersenarai di antara salah seorang yang paling berpengaruh di dunia. Lelaki lulusan Princeton University ini memang mempunyai cita-cita dan impian yang besar dalam dunia jual beli secara talian atau lebih dikenali sebagai “online marketing”. Bahkan, beliau pernah menyatakan bahawa pada masa depan Amazon akan menyediakan kumpulan penghantaran sendiri dengan memanfaatkan armada drone terbang. Walau bagaimanapun, sekarang ini, Jeff telah pun dinobatkan sebagai orang terkaya ke-empat di dunia teknologi sekaligus menduduki tangga ke-18 paling kaya di dunia. Dimana beliau pada ketika ini, memiliki aset sebanyak US $ 32 bilion.

SERGEY BRIN


Lahir pada tahun 1973, Brin merupakan anak dari seorang profesor matematik di University of Maryland dan ibunya adalah salah seorang penyelidik NASA di Goddard Space Flight Center. beliau terlebih dulu telah membesar di Moscow yang sangat dikenali dengan ideologi komunis. Oleh kerana ia adalah seorang yang pintar, maka cita-citanya untuk menjadi seorang ahli astronomi terhalang akibat hidup dan tinggal di negara timur. Hal ini kerana adanya peraturan tidak bertulis yang menghalang perjalanan para warga Yahudi di sana. Sehinggalah, ayahnya menyarankan sebuah idea yang telah mengubah keluarga dan hidupnya untuk selama – lamanya. Dimana idea tersebut , menyebabkan keluarganya telah meninggalkan Moscow dan menuju ke Amerika Syarikat. Selepas berpindah, nasib Brin benar-benar telah berubah setelah bertemu dengan Larry Page. Dimana kedua-duanyanya telah mencipta sebuah internet baru yang dikenali namanya sebagai Google, yang sering kali kita gunakan untuk melayari internet. Sergey Brin dalam perniagaan teknologi berada pada kedudukan orang terkaya ke-5 dan ke -19 dunia. Diaman beliau mempunyai kekayaan sebanyak US $ 31,8 bilion.




 Sumber : http://teknoderas.com/2014/03/senarai-jutawan-teknologi-2014/

Nasihat Untuk USAHAWAN

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Nasihat untuk Usahawan yang Sedang Meningkat oleh Dato' Mohd Nadzmi Mohd Salleh. Untuk berjaya dalam perniagaan , usahawan perlu mempunyai minat yang mendalam dan jati diri yang tinggi...

-Dato Mohd Nadzmi-

Falsafah inilah yang dipegang oleh Y Bhg Dato Mohd Nadzmi Mohd Salleh, Pengerusi  Eksekutif, Nadicorp Holdings Sdn Bhd. Beliau berkata demikian semasa memberi ceramah tengahari PUNB bertajuk " Revitalising Companies The Way Forward pada 27 Julai 2004. Bermula dari dunia korporat, Dato' Nadzmi telah diberi peluang untuk mengendalikan syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasalah dan berjaya membawa syarikat-syarikat ini keluar dari kemelut dan masalah perniagaan. Nama-nama seperti PROTON, MARA,Park May Sdn Bhd, BAM dan sebagainya banyak dikaitkan dengan ketegasan dan komitmen tinggi beliau mengurus secara lurus dan mantap. Bentuk pengurusan ini sinonim dengan nama beliau. Sebagai seorang yang berjaya dan berpengalaman, beliau sering memberi tip sebagai panduan kepada usahawan PUNB untuk  berjaya dalam dunia perrniagaan :-

 

Nasihat Dato' Mohd Nadzmi Mohd Salleh
ü         Anda mesti mempunyai sikap rajin

ü        Seseorang yang ingin menjadi usahawan perlu mempunyai minat, keinginan dan kesungguhan yang tinggi dan tidak berbelah bahagi. Tanpa elemen ini , mungkin kejayaan yang diharapkan tidak akan tercapai. Menurut Dato Mohd Nadzmi, sikap untuk berusaha secara bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja adalah satusikap yang baik.Mengikut Dato' Mohd Nadzmi, kita tidak dapat meramal masa depan kita. Contohnya jika seseorang yang mendapat pangkat A dalam peperiksaan bukan bermakna dia  akan mendapat A dalam semua perkara. Jika kita lihat usahawan yang berjaya, mungkin mereka bukan dari golongan yang mendapat pangkat A dalam peperiksaan. Tetapi mereka terdiri dari golongan yang gemar mengambil risiko dan akan berbuatapa sahaja untuk bertahan. Mereka belajar dari pengalaman dan berani mengambil risiko. Tanpa minat yang tinggi, kesungguhan, kesabaran dan takwa, usahawan tidak akan beroleh kejayaan cemerlang. Anda mesti mempunyai keyakinan diri

ü        Disamping minat dan kesungguhan, kreativiti juga perlu ada dalam diri seseorang. Ini perlu dipupuk dengan sikap bertanggungjawab, semangat yang tekad , keimananyang kukuh dan berfikiran terbuka dan positif. 

ü     Bagi Dato Mohd Nadzmi, usahawan adalah insan yang istimewa. Mereka merupakan golongan yang berani dan sanggup mengharungi pahit getir dunia perniagaan yang mencabar. Oleh itu, menurut Dato Mohd Nadzmi, seorang usahawan tidak perlu teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan semasa mengurus perniagaan. Apa yang penting, perlu ada ketegasan dalam membuat keputusan untuk menjamin keutuhan perniagaan tersebut. Setiap keputusan yang dibuat mempunyai risiko yang bakal dihadapi, tetapi jangan terlalu difikirkanya. Usahawan perlu menghadapinya dan terpulanglah kepada diri bagaimana untuk menyelesaikannya.

ü       Mengurus organisasi dan operasi syarikat merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian khusus. Contohnya pengurusan aliran wang tunai (cash flow) amat penting kerana ia diibaratkan seperti nadi dalam tubuh manusia. Jika aliran wang tunai tidak diurus secara mantap, syarikat tersebut akan menjadi kelam kabut dan akhirnya akan runtuh. Oleh yang demikian, setiap usahawan perlu memastikan aliran wang tunai syarikat mereka berada dalam keaadan yang kukuh. Penghormatan mesti diberi dan bukan diminta.

ü        Seseorang usahawan perlu mengetahui secara terperinci mengenai hal ehwal perjalanan operasi perniagaan mereka. Ini dapat tercapai jika mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman kerana kedua-dua ini penting untuk meletakkan seseorang usahawan itu di tahap yang lebih tinggi dari para pekerjanya dan pesaingnya. Menurut beliau, penghormatan mesti diberi dan bukan diminta dan usahawan hanya akan mendapatkannya melalui ilmu pengetahuan. Sekiranya ilmu tersebut tidak terdapat di sini maka usahawan perlulah berusaha mencarinya ditempat yang lain atau mendapatkannya dari orang yang lebih berpengalaman. Belajar apa yang perlu mengenai cara menguruskan operasi peniagaan

ü         Fokus kepada bagaimana sesuatu perniagaan itu harus dijalankan. Usahawan perlu menentukan misi dan visi diri dan syarikat. Lebihkan tumpuan kepada bagaimana cara untuk menangani sesuatu permasalahan perniagaan yang timbul. Jangan optimis kepada sesuatu yang anda suka sahaja tetapi belajarlah tentang semua perkara untuk mengurus perniagaan dengan cemerlang .Belajar dari kesilapan. Menurut Dato Mohd Nadzmi, tiada manusia di dunia ini sempurna. Kesilapan yang timbul  mengajar manusia untuk memperbaiki kelemahan diri agar dapat mengembangkan minda kita menjadi lebih kreatif menyelesai masalah. Buatlah post mortem, kaji kesilapan yang telah berlaku dan jangan ulangi kesilapan itu. Di samping itu,sikap ego perlu diketepikan dan akuilah  kesilapan yang telah berlaku. Jika kesilapan yang lalu tidak diperbaiki dan diulangi, pasti kejayaan tidak dapat akan tercapai.

ü       Ambil tindakan berasakan keutamaan. Usahawan perlu bijak bertindak mengikut kepentingan sesuatu perkara. Menurut Dato' Mohd Nazmi, beliau akan menulis dalam buku nota tentang perkara yang memerlukan tindakan beliau apabila perkara tersebut terlintas di kotak fikirannya.Beliau kemudian menyenaraikan perkara-perkara tersebut mengikut kepentingan dan bertindak mengikut senarai yang tertulis. Menurut beliau lagi, sekiranya seseorang berada di dalam kemelut perniagaan, tulislah apa yang difikirkan. Tetapi apa yang penting, janganlah takut dengan masalah tersebut dan bertindaklah untuk menyelesaikanya secara bijak.

ü       Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab. Menurut Dato Mohd Nadzmi, beliau menjadikan YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, bekas Perdana Menteri Malaysia sebagai mentor. Minat beliau untuk menjadi usahawan timbul setelah diberi tanggungjawab mengendali syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasalah. Beliau tidak diberi pilihan tetapi perlu memastikan syarikat-syarikat di bawah kendaliannya berjaya.

ü         Dato Mohd Nadzmi juga menasihati para usahawan bahawa sekiranya diberi tugasan penting,  seseorang itu perlulah:-- melakukan tugasan yang diamanahkan dengan cara yang terbaik- mempunyai keupayaan untuk menganalisa dan menyelesaikan masalah- kreatif dalam membuat keputusan. Jadikan masaalah yang timbul sebagai satu peluang untuk berjaya.

ü        Seorang pemimpin mesti mempunyai imej yang baik supaya dihormati oleh orang-orang pimpinannya dan pesaingnya. Seorang pemimpin juga perlu mempunyai pengetahuan danpengalaman yang luas tentang pengurusan dan operasi syarikatnya dan juga syarikat pesaing. Semua ini perlu untuk seseorang mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan, Insyallah. 

 
 

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
 
Malaysia mensasarkan 500 belia menyertai Program TUBE Skim Baharu Tunas Usahawan Belia Bumiputera. Sejumlah 10 juta ringgit diperuntukan. Tiga Fasa Latihan Program TUBE bertujuan membantu golongan muda bumiputera memulakan perniagaan dengan tawaran Geran Permulaan Perniagaan sebanyak RM15,000 yang akan dikendalikan SME Corp dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI).

Tiga Fasa Latihan Program TUBE


  • Fasa pertama ialah ketahanan jati diri yang memerlukan usahawan muda melalui latihan berbentuk fizikal dan mental.
  • Fasa kedua berkaitan bengkel perniagaan dan fasa ketiga merangkumi pelaksanaan perniagaan.
  • Fasa ketiga ialah pelaksaan perniagaan oleh peserta yang akan dapat bantuan sekiranya melepasi fasa satu dan dua.

Skim Geran Permulaan Perniagaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera berjumlah RM15,000 akan diterima setelah melalui Latihan Fasa Ketiga Program TUBE. Peserta akan dibimbing oleh kaunselor perniagaan, kaunselor kewangan dan panel penasihat pakar perniagaan dari pihak SME Corp di bawah Sistem Kawan selama 12 bulan.

Panduan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

Cara Mendaftar Program TUBE. Borang Permohonan  Tunas Usahawan Belia Bumiputera boleh dibuat secara online di laman web SME Corp. Pengambilan Peserta Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube) dijangka bermula Julai 2014. Usahawan berminat perlu memenuhi Kriteria kelayakkan Program TUBE seperti berikut. Daftar online di SME Corp. (belum dibuka) antara Program lain Bantuan Pinjaman perniagaan Online Malaysia.

Syarat Penyertaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera


  • Lepasan universiti, lepasan sekolah dan daripada jabatan belia.
  • Saringan kesihatan akan dilakukan.
  • Mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Golongan perniaga  boleh menyertai bagi memantapkan lagi perniagaan.


MEMBENTUK EKOSISTEM PERNIAGAAN BAHARU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

PELBAGAI dasar ekonomi dan pelan transformasi dilaksanakan kerajaan bagi meletakkan Malaysia di landasan betul untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Yang menjadi kebimbangan kini adalah sama ada status negara berpendapatan tinggi itu kelak manfaatnya bakal dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat atau hanya oleh segolongan sahaja.
Hakikatnya, majoriti tenaga kerja di dalam negara masih berpendapatan RM3,000 ke bawah yang dikategorikan sebagai golongan sederhana atau rendah.

Menyedari hakikat ini, kerajaan sedang menggerakkan pelbagai usaha untuk meningkatkan taraf pendapatan rakyat.
Salah satu daripadanya ialah memberikan tumpuan secara besar-besaran terhadap pembangunan usahawan bumiputera yang masih ketinggalan berbanding kaum-kaum lain di negara ini.
Antaranya menerusi Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb), penubuhan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan memperkenalkan program 1Malaysia Entrepreneurs (1MeT) bagi golongan muda.

Inisiatif kerajaan membentuk Pelan Pembangunan Usahawan di bawah Kementerian Kewangan juga pasti menggalakkan lebih banyak penyertaan usahawan bumiputera dalam bidang berkenaan.
Pelan tersebut dibentuk secara komprehensif termasuk mendapatkan input daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah, golongan yang berusia 40 tahun ke bawah disasarkan memandangkan masa depan negara bergantung kepada mereka.
Justeru kata beliau, dalam tempoh lima tahun akan datang, kerajaan berhasrat memperbanyakkan lagi usahawan muda di negara ini bagi membantu mereka meraih pendapatan tinggi melalui perniagaan.
Bagi menyokong usaha itu, jelas beliau, kerjasama antara syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dan NGO usahawan muda juga perlu dipertingkatkan termasuk dengan mewujudkan lebih banyak ruang interaksi antara kedua-dua belah pihak.
"NGO usahawan muda harus bekerjasama dengan kerajaan. Sebab itu bila kita merangka Pelan Pembangunan Usahawan, kita membawa semua NGO seperti Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya (GMB) Malaysia.
"Mereka ialah golongan yang bergerak sendiri untuk memajukan usahawan. Input-input daripada merekalah yang akan menjadi strategi dan dasar kerajaan pada masa datang,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di Hulu Langat baru-baru ini.

Berikutan itu, penganjuran Kongres Usahawan Muda Bumiputera (KUMB) selama tiga hari bermula esok dilihat amat bertepatan dengan usaha memperkasakan agenda ekonomi usahawan muda bumiputera.
Kongres bertemakan Ekonomi Satukan Kita anjuran GMB Malaysia bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menetapkan misi untuk menambah nilai usahawan muda sedia ada di dalam aspek akses kepada pasaran, kewangan dan pembinaan kapasiti.

Selain itu, KUMB bertujuan mengukuhkan pembangunan kapasiti pengusaha muda Malaysia sebagai pengeksport yang berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Penganjurannya juga sebagai satu platform bagi usahawan muda berkongsi maklumat, pendapat serta menjalin jaringan perniagaan.
Seramai 2,000 usahawan muda bumiputera dijangka menyertai kongres tersebut di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade (MECC).

Pengisian KUMB melibatkan beberapa konsep dan segmen penting seperti taklimat keusahawanan, pameran, jaringan perniagaan serta majlis makan malam.
Empat komponen utama konges itu ialah Town Hall berkonsepkan Parlimen dengan slot khas untuk usahawan berdasarkan peraturan giliran seperti prosiding dalam Parlimen.
Kongres berkenaan turut dimantapkan dengan program ‘Tajaan Agensi dan Kementerian’ (Quick Wins) iaitu kerjasama agensi kerajaan serta kementerian untuk menaja usahawan-usahawan dipilih mengikut industri di bawah agensi yang telah mempunyai program sedia ada atau baharu.

Segmen ketiga adalah pameran 200 gerai melibatkan tiga kelas usahawan iaitu sedia eksport, tempatan dan mikro. Gerai-gerai antaranya mempamerkan pelbagai industri kecil dan sederhana, industri makanan dan minuman, gaya hidup dan fesyen, teknologi maklumat dan inovasi, elektrik dan elektronik, industri kreatif serta perkhidmatan.
Kongres julung kali itu juga akan mengenal pasti golongan 100 teratas usahawan muda bumiputera berdasarkan inovasi, pencapaian dan kejayaan dalam menjalankan perniagaan mereka menerusi Anugerah Usahawan Muda GMB-Utusan 2014.

Kira-kira 25 kementerian dan agensi terlibat dalam KUMB antaranya Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Padi Beras Nasional Berhad (Bernas).

Dalam pada itu, Presiden GMB Malaysia, Agil Faisal Ahmad Fadzil berkata, KUMB diadakan sebagai satu wadah bagi usahawan muda mencerna landskap ekosistem perniagaan baharu.
Katanya, kongres berkenaan juga membolehkan perkongsian maklumat dengan kerajaan mengenai kekangan dan keperluan generasi usahawan muda bumiputera.
"Menerusi siri jelajah KUMB ke seluruh negara, kami telah bertemu kira-kira 3,000 usahawan dan menerima lebih 700 usul daripada mereka yang kemudian dikategorikan kepada 30 usul mengikut isu-isu tertentu,’’ katanya.

Menurut Agil Faisal, apa ingin dilakukan menerusi kongres tersebut ialah mencadangkan kepada kerajaan beberapa perkara yang boleh membantu menyelesaikan masalah usahawan muda bumiputera untuk berkembang dan melangkah lebih jauh dalam perniagaan mereka.

Lima perkara utama ditimbulkan oleh para usahawan iaitu isu birokrasi, kurang akses maklumat, pembangunan kapasiti, masalah pemasaran dalam dan luar negara serta akses kepada kewangan.

"Berdasarkan lima perkara utama ini, kita akan merungkai dan mencadangkan program yang bertepatan bagi membantu mereka," ujarnya.

 Artikel Penuh: http://ww3.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140326/re_05/Membentuk-ekosistem-perniagaan-baharu#ixzz2yqaYbA6i
© Utusan Melayu (M) Bhd