Nasihat
untuk Usahawan yang Sedang Meningkat oleh Dato' Mohd Nadzmi Mohd Salleh. Untuk berjaya dalam
perniagaan , usahawan perlu mempunyai minat yang mendalam dan jati diri yang tinggi...
-Dato
Mohd Nadzmi-
Falsafah inilah yang dipegang oleh Y Bhg Dato Mohd Nadzmi
Mohd Salleh, Pengerusi Eksekutif,
Nadicorp Holdings Sdn Bhd. Beliau berkata demikian semasa memberi ceramah
tengahari PUNB bertajuk " Revitalising Companies The Way Forward pada 27 Julai 2004. Bermula dari dunia korporat,
Dato' Nadzmi telah diberi peluang untuk mengendalikan syarikat-syarikat
Kerajaan yang bermasalah dan berjaya membawa syarikat-syarikat ini keluar dari
kemelut dan masalah perniagaan. Nama-nama seperti PROTON, MARA,Park May Sdn
Bhd, BAM dan sebagainya banyak dikaitkan dengan ketegasan dan komitmen tinggi
beliau mengurus secara lurus dan mantap. Bentuk pengurusan ini sinonim dengan
nama beliau. Sebagai seorang yang berjaya dan berpengalaman, beliau sering
memberi tip sebagai panduan kepada usahawan PUNB untuk berjaya dalam dunia perrniagaan :-
Nasihat Dato' Mohd Nadzmi Mohd Salleh
ü Anda mesti mempunyai sikap rajin
ü Seseorang yang ingin menjadi usahawan perlu
mempunyai minat, keinginan dan kesungguhan yang tinggi dan tidak berbelah
bahagi. Tanpa elemen ini , mungkin kejayaan yang diharapkan
tidak akan tercapai. Menurut Dato Mohd Nadzmi, sikap untuk berusaha secara bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja
adalah satusikap yang baik.Mengikut Dato' Mohd Nadzmi, kita tidak dapat meramal
masa depan kita. Contohnya jika seseorang yang mendapat pangkat A dalam
peperiksaan bukan bermakna dia akan mendapat A dalam semua perkara. Jika
kita lihat usahawan yang berjaya, mungkin mereka bukan dari golongan yang
mendapat pangkat A dalam peperiksaan. Tetapi
mereka terdiri dari golongan yang gemar mengambil risiko dan akan berbuatapa
sahaja untuk bertahan. Mereka belajar dari pengalaman dan berani mengambil risiko.
Tanpa minat yang tinggi, kesungguhan, kesabaran dan takwa, usahawan tidak akan
beroleh kejayaan cemerlang. Anda mesti mempunyai keyakinan diri
ü Disamping minat dan kesungguhan, kreativiti juga
perlu ada dalam diri seseorang. Ini perlu dipupuk dengan sikap
bertanggungjawab, semangat yang tekad , keimananyang kukuh dan berfikiran
terbuka dan positif.
ü Bagi Dato Mohd Nadzmi, usahawan adalah insan yang istimewa. Mereka merupakan
golongan yang berani dan sanggup mengharungi pahit getir dunia perniagaan yang
mencabar. Oleh itu, menurut Dato Mohd Nadzmi, seorang usahawan tidak perlu
teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan semasa mengurus perniagaan. Apa
yang penting, perlu ada ketegasan dalam membuat keputusan untuk menjamin
keutuhan perniagaan tersebut. Setiap keputusan yang dibuat mempunyai risiko
yang bakal dihadapi, tetapi jangan terlalu difikirkanya. Usahawan perlu
menghadapinya dan terpulanglah kepada diri bagaimana untuk menyelesaikannya.
ü Mengurus organisasi dan operasi syarikat merupakan
perkara penting yang perlu diberi perhatian khusus. Contohnya pengurusan aliran
wang tunai (cash flow) amat penting kerana ia diibaratkan seperti nadi dalam
tubuh manusia. Jika aliran wang tunai tidak diurus secara mantap, syarikat
tersebut akan menjadi kelam kabut dan akhirnya akan runtuh. Oleh yang demikian,
setiap usahawan perlu memastikan aliran wang tunai syarikat mereka berada dalam
keaadan yang kukuh. Penghormatan mesti diberi dan bukan diminta.
ü Seseorang usahawan perlu mengetahui secara
terperinci mengenai hal ehwal perjalanan operasi perniagaan mereka. Ini dapat
tercapai jika mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman kerana kedua-dua
ini penting untuk meletakkan seseorang usahawan itu di tahap yang lebih tinggi
dari para pekerjanya dan pesaingnya. Menurut beliau, penghormatan mesti diberi
dan bukan diminta dan usahawan hanya akan mendapatkannya melalui ilmu
pengetahuan. Sekiranya ilmu tersebut tidak terdapat di sini maka usahawan
perlulah berusaha mencarinya ditempat yang lain atau mendapatkannya dari orang
yang lebih berpengalaman. Belajar apa yang perlu mengenai cara menguruskan
operasi peniagaan
ü Fokus kepada bagaimana sesuatu perniagaan itu harus
dijalankan. Usahawan perlu menentukan misi dan visi diri dan syarikat. Lebihkan
tumpuan kepada bagaimana cara untuk menangani sesuatu permasalahan perniagaan
yang timbul. Jangan optimis kepada sesuatu yang anda suka sahaja tetapi
belajarlah tentang semua perkara untuk mengurus perniagaan dengan cemerlang
.Belajar dari kesilapan. Menurut
Dato Mohd Nadzmi, tiada manusia di dunia ini sempurna. Kesilapan yang timbul mengajar manusia untuk memperbaiki kelemahan
diri agar dapat mengembangkan minda kita menjadi lebih kreatif menyelesai masalah.
Buatlah post mortem, kaji kesilapan yang
telah berlaku dan jangan ulangi
kesilapan itu. Di samping itu,sikap ego perlu diketepikan dan akuilah kesilapan yang telah
berlaku. Jika kesilapan yang lalu tidak diperbaiki dan diulangi, pasti kejayaan
tidak dapat akan tercapai.
ü Ambil tindakan berasakan keutamaan. Usahawan perlu
bijak bertindak mengikut kepentingan sesuatu perkara. Menurut Dato' Mohd Nazmi,
beliau akan menulis dalam buku nota tentang perkara yang memerlukan tindakan
beliau apabila perkara tersebut terlintas di kotak fikirannya.Beliau kemudian
menyenaraikan perkara-perkara tersebut mengikut kepentingan dan bertindak
mengikut senarai yang tertulis. Menurut beliau lagi, sekiranya seseorang berada
di dalam kemelut perniagaan, tulislah apa yang difikirkan. Tetapi apa yang penting,
janganlah takut dengan masalah tersebut dan bertindaklah untuk menyelesaikanya
secara bijak.
ü Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab. Menurut Dato Mohd Nadzmi, beliau menjadikan YAB Tun Dr Mahathir Mohamed,
bekas Perdana Menteri Malaysia sebagai
mentor. Minat beliau untuk menjadi usahawan timbul setelah diberi tanggungjawab
mengendali syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasalah. Beliau tidak diberi
pilihan tetapi perlu memastikan syarikat-syarikat di bawah kendaliannya
berjaya.
ü Dato Mohd Nadzmi juga menasihati para usahawan bahawa sekiranya diberi
tugasan penting, seseorang itu perlulah:-- melakukan tugasan
yang diamanahkan dengan cara yang terbaik- mempunyai keupayaan untuk
menganalisa dan menyelesaikan masalah- kreatif dalam membuat keputusan. Jadikan
masaalah yang timbul sebagai satu peluang untuk berjaya.
ü Seorang pemimpin mesti mempunyai imej yang baik
supaya dihormati oleh orang-orang pimpinannya dan pesaingnya. Seorang pemimpin
juga perlu mempunyai pengetahuan danpengalaman yang luas tentang pengurusan dan
operasi syarikatnya dan juga syarikat pesaing. Semua ini perlu untuk seseorang
mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan, Insyallah.
No comments:
Post a Comment