Sunday 6 April 2014

10 Amalan Usahawan Sukses


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ruangan kali ini kita bertemu lagi.. Buat kali ini saya ingin berkongsi berkaitan amalan-amalan yang sering dilakukan oleh usahawan berjaya...



Pengerusi AcelorMittal

Teruja berjumpa dengan potensi pelanggan, pembekal dan rakan usahawan, kadang-kala menyebabkan usahawan yang baru bermula tersasar dari visi dan misi asal berniaga. Berikut adalah beberapa perkara yang diamalkan oleh usahawan-usahawan berjaya untuk terus kekal sukses.


1.   Fokus, fokus, fokus
Usahawan yang berjaya fokus pada satu-satu perkara. Mereka lebih yakin membuat satu perkara dengan bersungguh-sunguh dari 10 perkara secara lewa. Malah, mereka juga tahu, menceburi pelbagai urusniaga serentak akan membataskan produktiviti diri. Tetapi, andai mereka jangka keuntungan dari sesuatu peluang, mereka hanya akan memilih cabang yang berkaitan dengan perniagaan sedia ada. 

2.   Buat apa yang tahu. Tahu apa yang dibuat

Usahawan yang berjaya buat apa yang mereka suka dan bukan berniaga atas dasar keuntungan besar semata-mata. Perniagaan yang dibina atas minat, kemahuan dan kesungguhan lebih mudah berjaya.

3.   30 saat skrip perniagaan

 Dari detik pertama bertemu potensi pelanggan atau pelabur, usahawan yang berjaya sudah bersedia dengan 'skrip' 30 saat mengenai perniagaan mereka. Skrip itu disesuaikan dengan potensi pelanggan atau pelabur dengan menggunakan kekunci ayat yang sama... kepakaran, misi dan bentuk kerjasama yang ditawarkan.

 4.   Fahami apa yang anda faham, faham apa yang tidak anda fahami dan kenali mereka yang faham apa yang tidak anda fahami
 Usahawan yang berjaya sedar mereka tidak tahu segala-galanya. Oleh itu, mereka kelilingi diri mereka dengan mentor-mentor terbaik yang boleh menjadikan diri mereka lebih baik dari sebelumnya.

 5.   Sentiasa berjimat

Wang adalah antara nadi yang menggerakkan syarikat anda. Justeru, usahawan yang berjaya tidak boros bila berbelanja. Mereka sentiasa memastikan aliran tunai dipantau dan mengatur perbelanjaan dengan bijak.

6.   Sentiasa belajar - terutama daripada kesilapan
Tiada satu buku perniagaan atau kertas rancangan perniagaan dapat mengunjurkan masa depan secara tepat. Adakala, usahawan termasuklah usahawan yang berjaya juga membuat kesilapan. Namun, usahawan yang berjaya sentiasa bangkit daripada kesilapan itu. Malah, daripada kesilapan itu, mereka menjadi usahawan yang mempunyai jiwa yang kental.

7.   Sediakan payung sebelum hujan

Usahawan yang berjaya tahu dunia perniagaan dan keusahawanan sangat volatile. Adakala, projek perniagaan melimpah-ruah, adakala tiada langsung. Justeru, mereka tahu, mereka perlu mempunyai wang simpanan kecemasan.


8.   Pastikan diri sihat dan cerdas
Dunia perniagaan dan keusahawanan adalah gaya hidup dan bukannya kerjaya yang masuk pukul 9 pagi dan balik pukul 5 petang. Bekerja sehingga hilang kudrat tidak bagus untuk operasi dan pentadbiran syarikat untuk jangkamasa panjang. Usahawan yang berjaya sentiasa menjaga kesihatan dan ambil masa untuk 'me time'.

9.   Tidak cakap besar
 Usahawan yang berjaya bukan sekadar cakap-cakap, mereka juga laksanakan apa yang mereka lafazkan. Mereka juga tidak bercakap besar untuk meraih populariti.

10.   Tahu bila masanya untuk ucap selamat tinggal

 Berbeza dengan pandangan umum, usahawan yang berjaya tidak akan tenggelam bersama-sama 'kapal yang karam'. Mereka akui kesilapan dan buat keputusan yang terbaik untuk dirinya. Kegagalan memang pedih. Tetapi, usahawan berjaya melihat kegagalan sebagai satu lagi pembelajaran untuk memperbaiki sistem pengurusan syarikat atau projek terbaru kelak.


Sumber : http://www.usahawansukses.com/2012/11/10-perkara-usahawan-sukses-amalkan.html

No comments:

Post a Comment