Sunday 13 April 2014

Kesan BAJET 2014 kepada Para Usahawan dan Peniaga Kecil di Malaysia


Assalamualaikum dan Salam 1 MALAYSIA...

 Pada kali ini, saya ingin berkongsi berkenaan Bajet 2014 yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 25 Oktober 2013 yang lalu.
Bajet kali ini turut memberi keistimewaan kepada para usahawan dan peniaga kecil dengan pelbagai peruntukan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri...


Pembangunan Usahawan

Peruntukan Kepada Usahawan dan Bakal Usahawan

Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional yang berfungsi sebagai perancang dan penyelaras aktiviti keusahawanan.

Peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).
Bimbingan lanjutan kepda Usahawan 1Malaysia yang komited.
Sasaran tahunan kerajaan; seramai 5, ooo usahawan muda yang akan di latih.
Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global ke-5 bermula sehingga 9 November 2013. Peruntukan sebanyak RM50 juta dibawah Tabung Usahawan Siswazah bertujuan mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah

Skim Usahawan Pasar Malam di wujudkan dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.
Peruntukan RM20 juta bagi program Cabaran Perniagaan Luar Bandar Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) dengan dana berjumlah RM30 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Model Pelabur Hartanah Strategik, Ahyat Ishak dalam laporan bercetak Berita Harian (muka surat 12, segmen Nasional) memuji tindakan dan pendekatan yang diambil kerajaan dalam usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi menerusi bidang perniagaan.

Tim Majalah Niaga menyokong usaha kerajaan untuk mendekatkan para graduan dan generasi muda dengan dunia perniagaan dan keusahawanan menerusi kemudahan pinjaman memulakan perniagaan dan sebagainya. Langkah ini sedikit sebanyak dapat menarik minat golongan muda menceburi dunia baru selain bekerja di sektor swasta atau kerajaan.

Usaha ini sebagai membuka mata golongan muda bahawa kerajaan tidak menyisihkan keperluan mendapatkan dana dan pinjaman daripada golongan peniaga dan usahawan terutamanya yang baru atau bercita-cita terjun ke dunia mencabar ini. Kerajaan memahami fasiliti permulaan yang diperlukan oleh golongan graduan khususnya dan peniaga-peniaga baru amnya.

Langkah ini secara tidak langsung cuba membingkaikan semula pemikiran golongan muda tentang peluang pekerjaan bukanlah hanya dengan menghadiri temuduga dari satu oraganisasi ke organisasi yang lain, perniagaan merupakan punca rezeki yang menguntungkan jika segala kemudahan dan pinjaman di manfaatkan sebaik mungkin.

Sumber:
 http://www.majalahniaga.com/bajet-2014-apa-usahawan-dapat.htm

No comments:

Post a Comment