Monday 14 April 2014

SUPERB


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah.. kita masih dipanjangkan umur untuk terus hidup di muka bumi yang sementara ini.
Harapan saya agar anda dalam keadaan sihat sejahtera.. Bagi saya terdapat peluang yang terbuka luas untuk golongan muda yang berminat menceburi bidang perniagaan.. Oleh itu, kita harus merebut peluang yang ada di hadapan mata kita.


PROGRAM SUPERB BANTU USAHAWAN MUDA

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini melancarkan program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) dengan dana sebanyak RM100 juta bagi tempoh tiga tahun untuk membantu usahawan-usahawan muda Bumiputera kreatif dan inovatif bertapak dalam perniagaan.

Superb yang diletakkan di bawah pengurusan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), menyediakan geran sehingga RM500,000 kepada syarikat Bumiputera yang baru ditubuhkan atau beroperasi kurang daripada tiga tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Teraju Husni Salleh berkata, sebanyak RM30 juta telah diperuntukkan untuk tahun ini dengan sasaran untuk melahirkan 60 syarikat Bumiputera pada tahun pertama pelancaran skim berkenaan.

"Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada kelompok usahawan Bumiputera dan membantu syarikat-syarikat kecil untuk mencari tempat dalam perniagaan," katanya kepada pemberita pada satu taklimat hari ini.

 Husni berkata fokus industri untuk Superb antaranya merangkumi sektor teknologi komunikasi, multimedia kreatif, perisian, teknologi baru berkaitan pembuatan dan pembinaan, bioteknologi, teknologi tenaga, elektronik dan semikonduktor dan teknologi hijau.

Beliau berkata Superb akan disokong oleh enam agensi kerajaan iaitu Cradle Fund Sdn Bhd, Malaysian Technology Development Corporation, MyCreative Venture Sdn Bhd, Malaysia Venture Capital Management Bhd, Kumpulan Modal Perdana Sdn Bhd dan Multimedia Development Corporation.

Usahawan yang berminat untuk memohon Superb perlu berumur 18 tahun hingga 40 tahun sementara bagi syarikat atau perkongsian mesti 60 peratus kepentingan dimiliki oleh Bumiputera dan diketuai oleh Bumiputera, katanya.

Husni berkata, permohonan untuk menyertai Superb akan dibuka pada 2 Februari dan pemilihan usahawan akan dilakukan oleh jawatankuasa pemilihan yang dianggotai oleh panel usahawan yang berkaliber.

"Pengumuman peserta terpilih akan dibuat setiap suku tahunan dengan pengumuman pertama dijangka dilakukan pada Mac," kata beliau.

Bagi mempermudahkan pemohonan dari Sabah dan Sarawak, jawatankuasa pemilihan berasingan akan ditubuhkan di kedua-dua negeri berkenaan, katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/27

http://www.hmetro.com.my/articles/ProgramSuperbbantuusahawanmudaBumiputra/Article/

No comments:

Post a Comment