Sunday 6 April 2014

Memperkasa Usahawan Wanita

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
 
Apa khabar? Saya harap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera...
 
Malam ini saya berminat untuk berkongsi tentang suatu artikel yang bertajuk "Memperkasa Usahawan Wanita. Saya melihat situasi zaman kini di mana kebanyakan usahawan terdiri daripada golongan wanita. Hal ini merupakan suatu perkara yang baik kerana wanita dapat menambah pendapatan keluarga terutamanya kepada ibu tunggal...
 
 
MUAH bantu atasi masalah, lebarkan sayap perniagaan...
 
Program Sesi Sembang-sembang Utara yang kini ditukar kepada "Memperkasa Keusahawanan Hawa (MUAH) mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh usahawan wanita.
 
Hal ini terbukti apabila program berbentuk sesi dialog ini yang diperkenalkan sejak Jun 2011 itu telah berjaya melahirkan lebih 300 usahawan wanita dalam pelbagai bidang. Mereka telah berjaya melebarkan sayap perniagaan mereka di negeri ini.
 
Menurut Pengarah MUAH iaitu Siti Huraizah Abdul Rahman
"MUAH telah membuka peluang meluaskan rangkaian pemasaran produk melalui rakan usahawan program ini". Beliau berkata lagi bahawa program yang sudah dianjurkan sebanyak sembilan kali itu adalah di bawah Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang. MUAH merupakan usaha pihak koperasi mendekati usahawan wanita yang bercita-cita  memperluaskan perniagaan mereka tetapi berdepan dengan kekangan kekurangan ilmu dan tidak mempunyai rangkaian untuk memasarkan produk mereka. Program itu dapat membantu mengumpulkan usahawan wanita yang berdepan dengan masalah untuk memperluaskan perniagaan mereka.
 
 MUAH bersama selesaikan masalah
 
MUAH bersiap sedia untuk menyelami masalah para usahawan wanita ini dan menyelesaikan secara bersama iaitu dengan cara berdialog antara satu sama lain. Hal ini sekali gus membuka peluang kepada para usahawan wanita untuk meluaskan rangkaian dalam pemasaran produk melalui rakan usahawan yang dikenali dalam program ini. Program ini telah dianjurkan di Bayan Lepas, Georgetown. Siti Huraizah menyatakan bahawa pihaknya mencadangkan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk memperluaskan program itu di seluruh negara setelah melihat kejayaan yang dicapai melalui program yang dianjurkan. MUAH telah berjaya menyelesaikan lebih 300 masalah yang dihadapi usahawan wanita hingga mereka berjaya menonjolkan diri dalam bidang keusahawanan sepanjang anjuran selama tempoh tiga tahun program itu diadakan.
 
"Sehubungan itu, kami mencadangkan KPWKM untuk mengetengahkan program ini pada peringkat kebangsaan supaya lebih banyak usahawan wanita dapat dibantu melalui program seperti MUAH ini".
 
Usahawan wanita yang berminat untuk menyertai program MUAH boleh melayari muah.bizmalaysia.com atau menghubungi 04-8661822/8666011 untuk pendaftaran.
 
Sekian...
Saya harap semua yang membaca mendapat maklumat tentang program-program yang dibangunkan sebagai usaha memperkasa para usahawan wanita...
 
 
 




 


No comments:

Post a Comment