Saturday 15 March 2014

Tengku Rozidar Tengku Zainal Abidin - Usahawan Hotdog

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan kuasaNYA menurunkan hujan setelah sekian lama kita menghadapi keadaan cuaca yang panas dan kering. Suasana petang ini yang redup dan hujan yang membasahi bumi ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus menulis berkongsi maklumat dengan anda semua. Bersemangat untuk saya meneruskan penulisan di ruangan ini meskipun cuaca sebegini lebih mendorong saya melelapkan mata.

Kali ini, saya ini berkongsi berkaitan salah seorang usahawan yang mengusahakan perniagaaan hot  dog di Malaysia. Saya mendapati ramai dalam kalangan masyarakat hari ini gemar menikmati keenakan hot dog tanpa mengira peringkat umur. Sebenarnya, makanan ringan berupa hot dog ini amat sinonim dengan negara Amerika Syarikat (AS). Namun, sekarang semuanya dapat diperoleh dengan mudah oleh rakyat Malaysia kerana wujudnya perniagaan berasaskan penjualan hot dog ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan di Malaysia. Usahawan yang bijak mengambil peluang ini ialah Tengku Rozidar Tengku Zainal Abidin. Beliau merupakan usahawan yang mempopularkan makanan hot dog di Malaysia.
 

Faktor pemilihan Tengku Rozidar Tengku Zainal Abidin bagi mengisi ruangan blog saya kali ini adalah kerana saya amat mengagumi ketabahan dan semangat yang ditunjukkan oleh beliau dalam memastikan perniagaan yang diusahakan berjaya. Bukan mudah sebenarnya untuk menguruskan perniagaan yang dibina ditambah pula dalam memastikan produk yang dihasilkan  mendapat tempat di hati pelanggan. Selain itu, idea perniagaan untuk melibatkan diri dalam perniagaan ini amat menarik memandangkan hot dog belum dihasilkan secara meluas di negara ini. Boleh dikatakan beliau dan suami bijak mengambil peluang yang tercipta di depan mata. 
 
Sebelum kita mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan perniagaan yang dijalankan oleh beliau, baiklah sekiranya kita mengenali diri beliau terlebih dahulu. Tengku Rozidar Tengku Zainal Abiin berumur dalam lingkungan 40an. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera Inggeris dan juga Ijazah Pendidikan dalam Pengajaran Bahasa Inggeris. Beliau seterusnya menyambung pengajian dalam bidang Sarjana dalam Hubungan Antarabangsa dari sebuah university di Britain. Beliau sebelum itu merupakan bekas pelajar Sekolah Seri Puteri. Beliau juga amat berbakat dalam dunia penyiaran kerana sebelum bergelar usahawan, beliau pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran dan penyampai berita di RTM dan TV3. Selain itu, beliau juga pernah bertugas selaku penyelaras projek diBerjaya Group Sdn. Bhd dan merupakan salah seorang tutor di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mempunyai dua orang anak iaitu Haziq Azizi dan Tareef Iman Azizi hasil perkahwinan beliau bersama Ahmad Zakir Jaafar.



Setiap usahawan pasti mempunyai kisah di sebalik penglibatan mereka di dalam dunia perniagaan. Begitu juga yang berlaku kepada Tengku Rozidar. Idea perniagaan beliau ini tercetus ketika beliau dan suami bertembung dengan gerai bergerak hot dog semasa  menunggu penerbangan balik di Lapangan Terbang Antarabangsa Chicago. Pada ketika itu, Tengku Rozidar telah memperoleh lesen perniagaan pertamanya iaitu untuk perniagaan francais Candy Bouquet. Namun, kehadiran beliau ke AS untuk mengikuti latihan bagi perniagaan francais Candy Bouquet telah membuahkan idea perniagaan baru. Memandangkan beliau dan suami sedar bahawa Malaysia tidak mempunyai rangkaian syarikat makanan segera iaitu hot dog sebagai produk utamanya, beliau merebut peluang tersebut dengan sebaiknya. Hai ini demikian kerana, perniagaan tersebut tidak memerlukan modal permulaan yang besar memandangkan penjual hanya perlu berniaga dengan menggunakan kereta tolak atau kereta bergerak yang kecil.

Perniagaan Tengku Rozidar diberi nama " Hot dogs 1901 ". "1901" merupakan tahun yang dipilih hasil persepakatan beliau dan suami bersempena dengan tahun yang dianggap bermulanya tema hot dog oleh seorang kartunis sukan AS di New York Polo Ground. Perniagaan hot dog menggunakan kereta tolak  merupakan sebahagian daripada budaya Amerika. Tengku Rozidar telah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan hot dog tersebut dari awal hanya bermodalkan RM100, 000 berbanding menyertai skim francais hot dog AS. Berikutan kejayaan beliau dalam perniagaan hot dog, beliau telah menjual perniagaan Candy Bouquet.

Perniagaan ini sangat menarik kerana hadirnya  kiosk kecil atau kereta kecil yang berwarna hitam dan merah yang membawa jenama 1901. Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah Tengku Rozidar yang menyediakan sendiri resepi sosej, sos dan bahan tambahan yang menjadi identiti 1901. Beliau turut mengeluarkan roti ban daging salai New Zealand atau sosej ayam yang bebas antibiotik dengan perisa cuka. Resipi tersebut juga amat diminati oleh Tengku Rozidar.


Perniagaan Tengku Rozidar telah berkembang dengan baik walaupun adakalanya dilanda badai. Seperti kata pepatah " Jangan berumah di tepi pantai jika takut dilanda badai". Pepatah ini amat sesuai menggambarkan sikap Tengku Rozidar yang tidak takut gagal meskipun perniagaannya juga dilanda permasalahan. Beliau turut mengalami pengalaman terpaksa  menggadaikan barang kemas dan kereta mewah kerana ingin melangsaikan segala hutang demi meneruskan perniagaan yang diusahakan oleh beliau. Beliau turut mengalami keadaan getir dalam dunia perniagaan yang sentiasa ada turun naiknya apabila cawangan beliau di Singapura dan Indonesia terpaksa ditutup. Menurut Tengku Rozidar, sukar sebenarnya untuk mengendalikan cawangan di luar negara kerana dalam masa yang sama beliau harus memantau semua cawangan di Malaysia. Namun, paling memeritkan lagi bagi beliau ialah apabila beliau terpaksa memberhentikan sejumlah pekerja demi menguncupkan perbelanjaan kewangan. Hal ini demikian kerana, ketika itu dia berdepan dengan masalah pekerja yang tidak jujur terutamanya yang melibatkan hal kewangan.



Tengku Rozidar mengakui beliau amat tegas semasa bekerja. Menurut beliau lagi, beliau mahukan 1901 terus memberikan perkhidmatan makanan segera yang berkhasiat lagi halal untuk rakyat di negara ini. Tengku Rozidar akan bertemu dengan semua francaisor 1901 dari semasa ke semasa bagi memastikan semua francaisor di bawah seliaan beliau berjaya. Pada tahun 2011, 1901 mempunyai 48 cawangan dan akan bertambah dari semasa ke semasa. Tengku Rozidar merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1901 yang bertanggungjawab menguruskan operasi dan pertumbuhan syarikat berkenaan manakala suami beliau bertindak sebagai Pengarah Eksekutif 1901.



Demikianlah perkongsian saya tentang usahawan yang telah berjaya dalam mengusahakan perniagaan yang berasaskan hot dog sebagai produk utamanya. Seorang usahawan yang berjaya tidak pernah mengenal erti putus asa sebaliknya menganggap kesulitan yang dialami sebagai pendorong untuk meletakkan perniagaan yang diusahakan berada di tahap yang dikehendaki.
Sekian...

Sumber : Berita Harian 



 

3 comments:

  1. Terima kasih atas nukilan berkaitan 1901 ini.

    Sekadar berkongsi pengalaman manis bekerja dengan 1901.

    Ketika saya sedang menuntut di Universiti Malaya kira2 tahun 1997-2003 dulu, saya pernah bekerja atas kapasiti sambilan di premis 1901 yang pertama di cawangan Jalan Telawi 3, Bangsar.

    Kami memanggil Tengku Rozidar sebagai 'Puan' manakala suaminya kami panggil sebagai 'En. Zakir', ketika itu, mereka baru mempunyai seorang anak.

    Cawangan di Bangsar itu dinamakan sebagai 'Diner' oleh Tengku Rozidar. Mereka suami isteri sangat dedikasi, pemberi semangat dan bos yg baik.

    Saya masih ingat pernah sekali ketika hampir menamatkan pengajian, saya memberitahu Tengku Rozidar bahawa saya akan menduduki final exam sebelum konvo. Dengan penuh bersemangat Tengku mengucapkan good luck kepada saya dan saya rasa amat terharu. Tengku sekeluarga adalah orang yg baik

    Saya berharap Tengku masih mengenali saya. Rasa bangga kerana kami adalah first batch untuk pekerja 1901 ketika itu. Thank you so much Puan

    ReplyDelete
  2. Saya Husnah dan saya mengambil waktu saya keluar untuk bersaksi Ibu Amanda karena dia akhirnya menawarkan saya.
    Saya dan suami saya masuk ke utang yang sangat besar dengan Bank dan kami mencari pinjaman dari perusahaan pinjaman yang berbeda tetapi semua datang ke sia-sia. sebaliknya mereka membawa kita ke dalam lebih banyak utang meninggalkan kami bangkrut sampai saya datang di kontak dengan Ibu Amanda, yang menawarkan pinjaman. Sekarang kita telah akhirnya menetap utang kami dan memulai bisnis baru dengan uang yang tersisa dari pinjaman. Anda dapat menghubungi dia hari ini untuk pinjaman apapun dan jumlah.
    Hubungi Ibu Amanda melalui salah satu email berikut. amandarichardssonloanfirm@gmail.com atau amandarichardson686@gmail.com atau Anda dapat menghubungi saya melalui email saya untuk arahan lebih lanjut ikmahusnah@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Bagaimana nak franscais business.?

    ReplyDelete